Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak menghalang warga kota untuk menanam sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan yang sesuai.<br /><br />Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin bagaimanapun berkata, permohonan kepada MBI perlu dibuat terlebih dahulu bagi tujuan penilaian, selaras dengan garis panduan pertanian bandar dan kebun komuniti bandar.